Saturday, December 18, 2010

Track ulu paip "renovate"

Date : 17/12/2010
Track : Sg Kob-Ulu paip-Pahau-Felada Gunung Bongsu
Road : Off road 50% ,Tarmac 50%
Distance : 30 km +/-




Assalamualaikum...rasanya dah lama jugak aku tak menulis sebarang artikel dalam blog aku nih...naik bersawang dah..habuk pon dah penuh
gamaknya..alamaklumlah..la ni aku jarang sekali dok kayuh..kerja dok kayuh menatang lain ja..berat badan pon dah tambah gamaknya..dah macam lori kontena penuh muatan.
Semalam tengah dok melepak layan kerenah anak-anak,terdengar bunyi lagu "temple of the king" pada handphone aku...sms masuk la tu gamaknya keluh aku...
apa lagi..terus semak dan dpt sms dari cikgu nak ajak kayuh..track off road plak...apalagi..terus bersemangat la sbb lama tak kayuh off road..pala dok ketaq lama dah.Bini plak dok bagi greenlight..."gerek dok pebaik sampai beratus...tak mau kayuh pebaik buat pa.. pi la kayuh"katanya..apa lagi...lesen dah dapat...ha ha ha..
Jam 7.30 am aku dah terpacak menanti cikgu di petronas sungai kob.Aku la rider paling awai dok tunggu rider lain..punya la excited nak kayuh..
Tunggu dalam 5 minit sorang2 rider menampakkan
diri.Cikgu,Mizi venzo,Apai,Idan dan paling aku
tergezut...Rizal.Lama aku tak dengar citer
pasai mamat nih,sepi tanpa perkhabaran.Mana menghilang aku pon tak tau..Apalagi...bila rider senua dah ada..tayar pon start golek dan di kepalai oleh Mizi venzo..la ni semenjak balik dari kayuh lasak..laju ja mizi kayuh..dah semakin lasak.Dalam 10 minit dok layan on road maka sampailah kami di track ulu paip,setibanya di sana kami dikejutkan oleh pemandangan yang cukup tak indah,track yang dulu dalam kebun getah dah jadi padang..dah di renovate oleh jentolak.Apa nak buat..projek tanaman semula felda.Kayuhan tetap diteruskan...



di antara track2 yang telah diratakan...lagi mencabar sebab ada selut..

Pada chechk point yang pertama..kamera aku dah buat hal..bateri low so xdapatlah nak ambik gambar lagi.Kayuhan kali ini aku berjaya menghasut Mizi & The gang berkayuh sehingga ke felda..untuk lebih lanjut boleh lawat blog geng basikal @ kulim.Adios..

Monday, September 27, 2010

CARI PENAT DI JERAI




Good morning,good evening,good night dan Assalamualaikum pada kekawan yg sudi melawat blog aku nih...thanks!! bro.Kali ni buat kali yg kedua aku and the gang telah menerjah gunung jerai pada 25/9/10.Kami bertolak pada jam 7.00 pagi (yg tak berapa tajam) dan tiba di destinasi pada jam 8.15.Driver terpaksa bawak pelan- pelan sbb kereta dok 'galaih' beskal kat belakang.
kehadiran kami kali ni di sapa oleh 2 ahli gang mtb yg cukup ramah..(dlm gambar baju kale kuning itam)..siap join kayuh sekali plak tu..





2 org member mtb ni aku rasa memang power la sbb kayuh naik gunung dengan selamba ja.Rasa2 depa ni org area nih jugak..sbbnya depa habaq depa kerap dok panjat gunung ni.Hmmm..patut la kuat.
Masa ni...aku and the gang dok tengah prepaired nk kayuh.Last2 ada satu masalah yg menimpa aku..KASUT TAK BAWAK PLAK!!!camna nk kayuh ni??..tapi oleh kerana semangat punya pasai..nazet sudi pinjamkan aku kasut dia.Mujoq ada kasut extra kalau tak terpaksa la aku lupakan hasrat nk renew lesen aku...


Matlamat aku kali ni nak renew lesen yg dulu ja..dulu sampai kat muzium ja (B),kali ni...ntahhh la..adakah aku berjaya???....tunggu sehingga abih citer dulu...
tu...dia...punya semangat mamat nih...sapa ntah..debab semacam ja..

dua jagoan hari ni nazet & abe....depa ni masa awai-awai ada...pastu berdesuppp hilang..punya la laju..apa benda depa makan aku tak tau...sbb tak reti penat.
Abe selalu dok panjat bukit tokkun..takat jerai cap cap sui aaa..


Brader mizi venzo dari geng beskal kulim..aku cukup kagum ngan semangat mizi yg tak reti putuih asa..walaupun penat..nak juga sampai ke puncak...cayalah bro..

check point yg pertama...he he he




check point yg ke 2.Dari kiri Jat,aku & mizi venzo
Pakleh lepas ambik gambar kami terus hilang tanpa dapat di ligan lagi..kayuh siap guna gear besaq lagi tu...tak sia-sia dok pi training di tokkun.


At last...aku berjaya jugak renew lesen aku dari 'B' ke 'B2D'..Tahniah juga buat Jat & Mizi Venzo sbb first time kayuh kt jerai nih dah dapat lesen 'B2D'.Kira ok lah tu..len kali kita ambik 'E' plak

jat & Mizi di pintu masuk resort...papan tanda parking tu silap ka..kami yg silap???




nun jauh indah pemandangan sawah dia atas gunung jerai..nak tau pi try sendiri..baru best..







kesimpulan kayuhan kali ni memang enjoy walaupun penat tahap phd dah..tahniah buat nazet,pakleh & abe..kerana berjaya ke puncak..depa ni memeng kuat.







Sunday, September 19, 2010

kayuhan track rally vs felda GB

Assalamualaikum...sawadhi khap...to all my freind.Hmmm rasanya dah lama aku x update blog nih...alamaklumlah sebulan relaks dr sbrg aktiviti kayuhan sbb bulan "posa".Jadi ni lah kayuhan pertama slps "posa".Moto kayuhan kali ni saja nk bagi urat "baloq" kendoq balik pastu "masel" kt paha bg jadi "cekang" balik,tu ja.Agenda kayuhan kali ni dirancang oleh nazet.Track kali ni track rally vs track felda GB.Layan.....

wajah wajah geng jahat yg dok "ketaq" kepala nak kayoh dah.Aku xdak sbb aku geng baik..ha ha ..ha...Lokasi depan rumah wadi ( baju putih galas bag )

wadi meninggalkan rider yg lain jauh di belakang.Kayuh sambil senyum ngan berdiri ja..

haa...yang ni plak amet NSR...member baru..selamba ja kayuh.Mamat ni la yg beria-ria sgt nk layan offroad track GB nih..


nazet...org kuat mtb Gunung Bongsu..selaku penghasut untuk menjayakan kayuhan kali ni..


Pengajaran yg pertama,layan uphill dah.bukit ni masa kecik kecik kami panggil bukit nombor 2


aksi nazet "mengkerabat" gon yg tak seberapa
(*gon-anak bukit)

tu dia...sayup2 ja dok nampak GB


Pandangan daripada setengah pendakian.Banyak lagi nk kena "kerabat" lepas nihh



Wadi..



tu dia...puncak bukit nombor 2 tapi mission kali ni tak ble nak tawan puncak ni sbb salah sorang rider dah abih minyak..aku tak mau habaq la sapa..kira ble sampai sini pun dah kira ok



Nazet dok "langut" tengok burung tekukur kot..Lokasi pintu gerbang pahau sebelum memasuki ladang getah felda GB






Masa ni dah masuk area kebun getah felda dah..relaks mintak nyawa sbb berhempas pulas layan uphill..cian kt Amet NSR..awai2 kayuh dah kena raging ngan kami,tp mamat ni steady ja..xpenat pon..






"ishhh...menyesai aku ikut depa ni,awat la depa ni bawak aku mai kok ni"mesti amet tengah dok pikiaq camni.



aku...berada di puncak track felda GB..







terpancar satu kepuasan yg maksima pd muka amet setalah tamat kayuhan.puas kata dia..mintak2 jgn serik nk kayuh dah la.Ni la asam garam yg "musti"
di tempuhi oleh orang yg baru nk mula kayuh



Tamat...Aku mintak maafla pada Kawan2 yg melawati blog aku ni sbb mutu gambar x elok..pakai camera cap ayam ja..tapi tak pa..aku nak blajaq..keseluruhan kayuhan kali ni terpaksa di akhiri dengan 3 rider ja sbb yg sorang lagi ada masalah mekanikal pada beskal dan terpalsa tarik diri dan pada sapa2 yg teringin nk layan track ni..ble contact aku @ nazet..InsyaAllah.


Wednesday, August 4, 2010

NTMBA'10 Darjah 2

Good evening to all freind...nibong tebal jamboree kembali lagi.Kali ni aku,PakLeh,Rizal merida & Nazet saja yg pi menyertai jamboree ni,ahli geng gerek bukit yang lain xdpt nak join kerana ada hal masing2..aku x tau sampai bila la geng gerek bukit ni buleh reunion kayuh balik setelah kehilangan sifu bang brahim.Apa pon..kayuhan tetap diteruskan.Nibong tebal jamboree kali ni agak layan dengan track yg baru dicampur dengan yg lama..rata2 ramai rider yg berjaya completed semua chechk point..tahniah kepada penganjur.Cuma yg x best terlalu ramai penyertaan dan akibatnya trek yg sepatutnya boleh kayuh terpaksa menolak basikal.Nah ambik..termasuk aku sekali la.Trek kayuhan bermula di USM menyusuri pekan Parit Buntar dan terus ke trek bendang,kelapa sawit,kebun getah & hutan.Uphill rider terpaksa layan bukit tebuan,bukit 2 bradik & the most famous bukit 300 yg boleh dikatogorikan sebagai hardcore la jugak.aku & the gang bertolak dari taman mutiara pada jam 0530 pagi,on the way nak pi USM terserempak la ngan beberapa gang MTB lain yg menuju ke USM..fuhh ramai betoi la ni orang kayuh..meriah meriah..Sampai di sana pada jam 0630,singgah sembahyang subuh kt masjid sebelah USM.Kayuh kayuh jugak..sembahyang jgn lupa beb.Kali ni Fendi geng gerek bukit telah mendapat tempat 118..tahniah..diikuti oleh Nazet 442 dan Pakleh 519.Pakleh kali ni digigit oleh mengkarung pada kedua dua belah kakinya..tu la..tak bagi makan..dia gigit kaki tuan..hua hua hua.Aku plak kali ni hampeh...RD patah akibat rengkuhan yg kuat ketika uphill menuju check point yang ke 3.Tapi dengan bantuan dari rakan2 kht bikerz ( mizi )aku dapat jugak medal di kedudukan yang ke 464.Okeylah tu..hanya mereka yang tahu kepayahannya...he he.


Persiapan sebelum berletolak..lokasi di rumah pakleh

tiba di USM

aku..tengah dok bersiap..tak sabau nak kayuh..


Fuhhh...ramainya...meriah sukan berbasikal la ni..




Pak leh...ambik angin setelah berhempas pulas melarikan diri dari mengkarung yg ingin menggigit kakinya..


Mokhtar kht riderz..completed gak Tahniah...


member2 dari team celcom..


Yang ni Bro Ayen..dapat lucky draw frame sinic..tahniah..





haa...tu dia..RD aku yg patah..cian..duit lagi la tu nampaknya..


Ble kayuh lagi cam ni..