Saturday, January 1, 2011

JENGOK TRACK PAYA LUAS

Track :- Paya Luas, Sg Kob
Distance :- 15km+/- jer
Road :- Off


Pada 28hb aku dan Pakleh merancang untuk menerjah track paya luas yang telah sekian lama ditinggalkan semenjak kayuhan terang malam 2010.Lama rasanya tak "mengkerabat"bukit kt sana.Racun dispray pada Nazet dan cikgu Din untuk mengajak depa ni join sekali..last last Pakleh selaku Kapten tak dpt nk join kerana ada hal yg tak dapat di elakkan.Jadi tinggal aku,cikgu Din & Nazet ja yg kayuh. Ok lah tuh..

dekat starting point..mana lagi klu bukan kedai zack..
Kelihatan dua orang kuat ni berbincang nak tinggalkan aku..maklumlah depa 2 ni kuat..
naya aku kali nih..


Nazet...berenti set meter..


Sory Cikgu..ambik gambaq kot blakang...tu la hangpa laju sangat..aku tak dan nak
ligan...


Posing bawah kabel...diselubungi kabus pagi jam 8.00 am..


Cikgu Din dengan senyumannya..kacang ja track ni bisik hati dia


2 rider bekas pelumba kebangsaan....ha ha ha


Ni sebenarnya bukit..masa ni nazet dan cikgu tengah climb...dalam gambar nampak rata ja jalan nih...sebenarnya bukit yg berkecerunan 40 degree..


Bukit Paya luas...baru satu..ada 4 bukit lagi..


Cikgu ambik oksigen setelah tamat pendakian...letih ka?muka nampak tak letih pon..


Masa nih kami nak downhill balik bukit yg kami daki tadi..sebabnya..masing2 pakat ada keja ...so kayuhan kali ni pendek ja..tapi berbaloi..
Chawwwwwww

Saturday, December 18, 2010

Track ulu paip "renovate"

Date : 17/12/2010
Track : Sg Kob-Ulu paip-Pahau-Felada Gunung Bongsu
Road : Off road 50% ,Tarmac 50%
Distance : 30 km +/-




Assalamualaikum...rasanya dah lama jugak aku tak menulis sebarang artikel dalam blog aku nih...naik bersawang dah..habuk pon dah penuh
gamaknya..alamaklumlah..la ni aku jarang sekali dok kayuh..kerja dok kayuh menatang lain ja..berat badan pon dah tambah gamaknya..dah macam lori kontena penuh muatan.
Semalam tengah dok melepak layan kerenah anak-anak,terdengar bunyi lagu "temple of the king" pada handphone aku...sms masuk la tu gamaknya keluh aku...
apa lagi..terus semak dan dpt sms dari cikgu nak ajak kayuh..track off road plak...apalagi..terus bersemangat la sbb lama tak kayuh off road..pala dok ketaq lama dah.Bini plak dok bagi greenlight..."gerek dok pebaik sampai beratus...tak mau kayuh pebaik buat pa.. pi la kayuh"katanya..apa lagi...lesen dah dapat...ha ha ha..
Jam 7.30 am aku dah terpacak menanti cikgu di petronas sungai kob.Aku la rider paling awai dok tunggu rider lain..punya la excited nak kayuh..
Tunggu dalam 5 minit sorang2 rider menampakkan
diri.Cikgu,Mizi venzo,Apai,Idan dan paling aku
tergezut...Rizal.Lama aku tak dengar citer
pasai mamat nih,sepi tanpa perkhabaran.Mana menghilang aku pon tak tau..Apalagi...bila rider senua dah ada..tayar pon start golek dan di kepalai oleh Mizi venzo..la ni semenjak balik dari kayuh lasak..laju ja mizi kayuh..dah semakin lasak.Dalam 10 minit dok layan on road maka sampailah kami di track ulu paip,setibanya di sana kami dikejutkan oleh pemandangan yang cukup tak indah,track yang dulu dalam kebun getah dah jadi padang..dah di renovate oleh jentolak.Apa nak buat..projek tanaman semula felda.Kayuhan tetap diteruskan...



di antara track2 yang telah diratakan...lagi mencabar sebab ada selut..

Pada chechk point yang pertama..kamera aku dah buat hal..bateri low so xdapatlah nak ambik gambar lagi.Kayuhan kali ini aku berjaya menghasut Mizi & The gang berkayuh sehingga ke felda..untuk lebih lanjut boleh lawat blog geng basikal @ kulim.Adios..